Mintalah kepada Allah.

“Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah. Apabila kamu memohon perlindungan, pohonlah kepada Allah. Jika hamba-hamba Allah semuanya hendak memberi manfaat kepada kamu tetapi tidak dengan izin Allah, maka sia-sia sahaja pekerjaan mereka itu. Jika semua hamba-hamba Allah cuba hendak memudaratkan kamu tetapi tidak dengan izin Allah, maka kamu tidak akan ditimpa mudarat apa-apa. Oleh itu, jika kamu boleh melakukan suruhan-suruhan Allah dengan ikhlas, maka lakukanlah. Jika kamu tidak mampu melakukannya maka lebih baik kamu sabar terhadap apa yg kamu tidak suka melihat yg disitu ada banyak kebaikannya. Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu datang melalui sabar, dan ketahuilah berserta dengan kesusahan itu ada kesenangan. Tiap-tiap orang yg beriman hendaklah mempraktikkan hadis Nabi ini agar selalu beroleh keselamatan dalam dunia ini dan diakhirat kelak dan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah”

_FUTUHUL-GHAIB

Please download this video 👆 if it doesn’t start properly. In Shaa Allah

Kuasa Allah.. Alhamdullilah

“Ada satu hadis Nabi yg diriwayatkan oleh Atta’ Ibnu Abbas yg didapatinya dari Abdullah Ibnu Abbas. Dilaporkan bahawa Ibnu Abbas pernah berkata: Saya sedang menunggang kuda dibelakang Nabi Muhammad S A W dan Baginda berkata kepada saya: Anakku, jagalah kewajibanmu kepada Allah, maka kamu akan dapati Allah itu berada dihadapan kamu”

_FUTUHUL-GHAIB